Kepelbagaian Budaya

1.6 Kepelbagaian Budaya


Konsep kepelbagaian budaya harus difahami bersama. Salah satu cara untuk menyatupadukan rakyat adalah dengan membina negara bangsa dengan pemupukan semangat patriotisme dalam kalangan pelajar. Antara langkah pembinaan negara bangsa: 
  1. Penghayatan prinsip Rukun Negara. 
  2. Pendedahan tentang aspek kewarganegaraan dalam Pendidikan Moral. 
  3. Bidang pelajaran distrukturkan mengikut nilai-nilai yang berkaitan dengan perkembangan diri, keluarga, masyarakat dan negara. 
  4. Pengajaran subjek Kajian Tempatan di sekolah dan subjek Sejarah di sekolah menengah.
Implikasi Kepelbagaian Budaya Kepada Guru
Positif:
Guru boleh mengaplikasikan serta memperkenalkan nilai-nilai murni dalam budaya masyarakat tertentu kepada masyarakat yang lain.
Negatif:
Guru sukar untuk menerapkan nilai-nilai murni kepada murid-murid akibat cara hidup serta budaya yang diamalkan

Implikasi Kepelbagaian Budaya Kepada Murid 
Positif: 
  • Berpeluang mempelajari kepelbagaian budaya. 
  • Membentuk interaksi sosial yang baik. 
  • Memperkembangkan bakat. 
Negatif: 
  • Mempunyai masalah dalam kerja kumpulan. 
  • Masalah komunikasi dan bahasa. 
  • Sukar mewujudkan persefahaman. 
  • Wujud perasaan rendah diri dan tidak yakin pada diri sendiri. 
Cadangan Menangani Isu Kepelbagaian Budaya
  1. Kepelbagaian budaya dalam kalangan pelajar haruslah ditangani dengan bijak oleh guru. Berikut adalah beberapa cadangan yang boleh dilaksanakan untuk menangani isu kepelbagaian budaya: 
  2. Menjadikan sekolah kebangsaan sebagai peneraju sistem pendidikan negara. Memastikan sokongan dan pembiayaan secara adil kepada sekolah-sekolah agama rakyat, sekolah kebangsaan Cina dan Tamil, sekolah mubaligh, sekolah vokasional dalam usaha bersama untuk meningkatkan taraf pendidikan negara. 
  3. Mengimbangi penekanan kepada sistem peperiksaan dengan sistem pembelajaran berasaskan pemikiran kritis dan analitikal dengan matlamat mencari kebenaran. 
  4. Memastikan setiap pelajar yang berkelayakan mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam tanpa mengira latar belakang. 
  5. Meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti 1974 demi mewujudkan iklim yang kondusif dalam bentuk jaminan kebebasan akademik dan autonomi universiti kearah mempertingkatkan mutu pendidikan setanding dengan negara-negara maju. 
  6. Memperbaiki mutu dan kemudahan sekolah yang daif di pedalaman khususnya di Sabah dan Sarawak. 
  7. Meningkatkan mutu pendidikan guru bagi setiap peringkat sekolah dan menambah jumlah guru terlatih mengikut permintaan. 
  8. Menyediakan peluang latihan peringkat tinggi untuk guru dan pensyarah supaya pengetahuan dan kemahiran profesional mereka sentiasa selaras dengan perkembangan semasa. 
  9. Mengkaji kembali skim perkhidmatan guru dan menambah skim rangsangan bagi mereka yang mengajar di pedalaman. 
  10. Menyediakan biasiswa berasaskan merit dan bantuan kewangan lain berasaskan keperluan dengan keutamaan kepada pelajar miskin dari kawasan luar bandar dan pedalaman. 
  11. Menekankan betapa mustahaknya pelajar menguasai pelbagai bahasa termasuk Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Bahasa Cina sebagai bahasa-bahasa utama dunia dan juga bahasa-bahasa ibunda. 
  12. Menyediakan tempat dan latihan kepada mereka yang keciciran. 
  13. Meluaskan skop Lembaga Pentauliahan Kebangsaan untuk memantau dan mencadangkan pengiktirafan sijil, diploma dan ijazah dari dalam dan luar negara yang memenuhi piawaian akademik yang boleh diterima termasuklah sijil dan Diploma Muadalah (diploma berkembar). 

No comments:

Post a Comment